Assalamualaikum
Untuk entri kali ini saya yakin ramai breastfeed mom sukaaaa!
Selalu kita akan dengar bila PERIOD je susu jadi kurang walhal sebelum period susu ok je kan. Jadi sebelum saya bagi TIPS untuk elakkan susu merudum walaupun sedang period, saya terangkan sedikit kenapa boleh terjadi seperti ini.
Apabila period, badan kehilangan banyak KALSIUM. Jadi bagi sesetengah wanita, penurunan kadar kalsium dalam badan akan menyebabkan susu juga menurun. Ini kerana kalsium merupakan salah satu komponen terbesar dalam penghasilan susu ibu.
Semasa period, kita kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah yang perlu disingkir. Kalsium yang ada di dalam badan perlu digunakan untuk membina semula darah dan disebabkan ini, kalsium di dalam badan semakin berkurang dan ini turut mempengaruhi penghasilan susu badan.
Ia adalah normal sebab semasa period, banyak darah yang keluar. Darah adalah cecair. Ia menyebabkan badan kita dehidrasi atau kurang air. Bila kurang air, maka badan pun tak dapat nak hasilkan banyak susu seperti hari-hari biasa.
KALSIUM sebagai komponen utama pembentukan DARAH
Sebenarnya KALSIUM ni juga merupakan salah satu komponen utama untuk membentuk darah. KALSIUM ni akan membantu replenish darah yang hilang semasa kita datang haid tadi. Sebab tu lah kalau ibu hamil pun di minta untuk minum susu banyak- banyak supaya bukan saja nak elak lenguh badan, tapi nak elak risiko tumpah darah semasa bersalin nanti. KALSIUM helps blood clot.
OSTEMATRIX sebagai sumber KALSIUM?
Ada antara kita yang tidak gemar minum susu. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan dapatkan Ostematrix Shaklee.Ostematrix Shaklee adalah KALSIUM yang dilengkapi dengan Vitamin D dan Magnesium. Vitamin D dan Magnesium ni membantu tubuh kita serap KALSIUM. Kalau takda agen penyerap ni, KALSIUM takkan dapat diserap oleh tubuh. Sebab tu kalau tengok kebanyakan susu pun, memang ada KALSIUM, vitamin D dan magnesium.
Selain membekal KALSIUM, Ostematrix Shaklee ni turut femes sebagai milk booster bagi ibu- ibu yang alergik terhadap Alfalfa. Sebabnya salah satu komponen susu ibu kan = KALSIUM. Bila kurang KALSIUM, badan susah nak produce susu. Itu yang boleh jadi susu merudum.
2 Tips Elakkan Susu Merudum Semasa Haid
Tahukah anda, kita masih boleh kekalkan jumlah penghasilan susu badan semasa period dengan 2 rahsia ini:-
1. Kerapkan sesi perah susu / pam susu
Secara logiknya, susu terhasil bila demand tinggi. Bila susu mula merudum sebab period, kita perlu programkan payudara untuk hasilkan susu lebih kerap sebelum ini. Kalau biasa pam setiap 3 jam, masa period ni kita kena pam setiap 2 jam.
Jangan putus asa kalau tengok stok sedikit masa hari pertama haid. Tambahkan kekerapan pam, konsisten, Insya Allah nanti susu perlahan-lahan akan melimpah ruah.
2. Tingkatkan Pengambilan Kalsium
Kenapa kalsium?
Kalsium membantu pembentukan darah. Semasa period, darah berkurang. Walhal 90% dari kandungan darah adalah air. Bila ibu ambil kalsium semasa period, kalsium membantu replenish kekurangan darah tadi. Antara sumber kalsium termasuklah susu dan sayur-sayuran hijau. Dan pastikan pengambilan kalsium anda 1,000mg sehari.
Kalsium bukan setakat mengelakkan susu merudum semasa period, malah ia juga membantu menghilangkan sakit senggugut. Jadi tak perlu ambil panadol pink bila senggugut.
No comments:
Post a Comment