Krim ini adalah krim kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan krim kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dan lain lain.
Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara krim kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan krim ini kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.
Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Krim ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
Bahan Utama Herbal Blend Multi Purpose Cream
Antara 4 bahan utama di dalam Herbal Blend:
Yarrow
Berfungsi seperti antiseptik melawan bakteria, menghentikan pendarahan dan merawat luka-luka kecil.
Horse Chestnut
Mengandungi saponin iaitu escin yang bertindak sebagai anti radang. Ia mengurangkan bengkak dan kapilari pecah di bawah kulit. Ia sangat mujarab untuk merawat kecederaan sewaktu bersukan. Horse Chestnut juga digunakan untuk merawat masalah eczema.
Daun Sage
Mengandungi phenolic acid iaitu bahan anti radang, beta carotene, anti oksidan untuk mengurangkan keradangan. Sage membantu masalah isu berpeluh secara berlebihan, memperbaiki peredaran darah dan penggunaan yang kerap membantu mencegah selulit.
Daun Rosemary
Mengandungi antiseptik dan anti radang dipercayai membantu jangkitan kulit seperti dermatitis, eczema dan psoriasis. Ia membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi akibat melecur. Minyak Rosemary membantu mengurangkan kesakitan terseliuh dan sakit-sakit sendi. Rosemary juga membantu memperbaharui sel kulit, menggalakkan peredaran darah, menggantikan tisu rosak, memperbaiki kesan parut dan bintik-bintik hitam.
Bahan-bahan di dalam Herbal Blend adalah semulajadi dan selamat. No Paraben!
Kegunaan Herbal Blend Shaklee
Ruam
Terdapat beberapa jenis ruam yang sering terjadi kepada bayi anda.Contohnya adalah ruam panas disebabkan kepanasan yang menyebabkan bintik-bintik merah timbul pada kulit mereka.Manakala ruam susu pula terjadi sekiranya kita tidak mengelap susu yang tertumpah pada kulit.Kulit bayi terutama di bahagian punggung adalah begitu sensitif sekali.kulit akan menjadi merah dan sakit apabila terkena air disebabkan kesan melecet pada kulit mereka.Ini disebabkan lampin yang dipakai tidak ditukar dengan kerap menyebabkan ruam lampin berlaku.
Tumit kaki pecah atau merekah
tumit kaki yang pecah atau merekah pasti membuatkan anda berasa segan ketika berada di luar.Apatah lagi ia akan jelas kelihatan ketika anda sujud di dalam solat.Pasti mereka memikirkan kita tidak begitu menitikberatkan soal kebersihan.Sebenarnya terdapat beberapa punca yang menyebabkan tumit kaki kita merekah seperti kulit kering di bahagian kaki.Sapuan herbal blend dapat memberikan kelembapan dan seterusnya menjadikan kulit kita lembut semula.
Kulit kering
Aktiviti di luar,kesan pencemaran,mandi menggunakan air panas dengan kerap,penggunaan kosmetik yang tidak dibersihkan adalah punca kulit kita menjadi kering.Ini menyebabkan kadar air yang berada pada lapisan kulit telah berkurangan.Bagi menjaga kelembapan kulit,anda perlulah minum air dengan secukupnya dan menggunakan krim pelembap bagi mengelakkan kulit menjadi bertambah kering.
Eczema
Eczema sering terjadi kepada bayi yang rupanya seperti ruam biasa.Lebih membimbangkan kerana kita hanya menggunakan ubat sapu yang memberikan kesan sementara.Lama kelamaan kulit bayi akan menjadi kering dan berdarah apabila di garu kerana gatal-gatal di bahagian tersebut.Anda juga boleh berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui penyakit kulit yang anda hadapi.Herbal Blend Shaklee bukan sekadar ubat sapu biasa,kerana ia bertindak mengurangkan eczema pada bayi anda.
Gigitan nyamuk
Bengkak merah disebabkan gigitan nyamuk boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai alahan kulit.Kita akan berasa gatal dan sering menggaru menyebabkan ia menjadi bengkak.Redakan bengkak tersebut dengan menyapu krim ini.
Gatal-gatal
Selain dari gigitan nyamuk,ada juga yang menghadapi masalah gatal-gatal di bahagian badan terutama sekali ketika panas dan berpeluh.Sekiranya ia berlarutan berhari-hari,anda perlu berjumpa dengan doktor kulit bagi mengenalpasti masalah sebenar kulit anda.Sementara itu boleh diredakan kegatalan kulit dengan menyapu herbal blend yang berasa nyaman sekali.
Cara Menggunakan Herbal Blend Shaklee
Setiap botol mengandungi kuantiti 4oz atau 113gram menjadikan ia krim yang patut di miliki oleh semua orang.Produk ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja,jadi ibu dan bapa perlu meletakkan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh bayi anda.
Sebelum menggunakannya,anda perlu membersihkan tempat yang hendak disapu krim dengan berhati-hati agar tidak luka. Sapu dengan perlahan-lahan dan biarkan krim ini tanpa perlu di basuh semula bahagian tersebut.
No comments:
Post a Comment