Assalamualaikum food lovers..korang lunch ape ari ni??
Tiba-tiba hari ni rasa nak makan mee jawa gara2 teringat kesedapan mee jawa kat gong kapas,terengganu. Kalau orang terengganu confirm tahu lokasi kedai tu kat mana. Kalau tak tahu sila pindah negeri..hahaha..gurau je..
Asalnya beli mee kuning nak buat mee goreng tapi asyik terbantut je. Ada pulak lebihan daging sikit so mula la idea nak buat mee jawa. Even bahan saya guna tak la cukup tapi buat syarat je at least ada bahan2 utama seperti daging dan mee kuning.
Semangat selongkar peti tengok2 takde serai,udang kering,keledek,tauhu,daun bawang,limau nipis dan bawang goreng. Bawang merah dan putih mestilah ada kan. Melampau pulak kalau kat rumah takde benda basic ni..hihi
So demi tekad yang berkobar2 nak makan mee jawa,maka diusahakan juga buat. Pandai2 la ganti bahan dengan yang lain. Dah ko nak makan sangat. 😁😁😁😁😁
Ni resepi asal. Saya ambik dari blog Azie kitchen. Korang boleh la try ye. Confirm jadi dan sedap sebab saya masak tanpa bahan2 yang cukup ni pun dah sodapppp. Udang kering tu saya ganti dengan kiub ikan bilis maggie. Blend sekali dengan bawang2,lengkuas dan halia. Serai saya tak letak sebab takde tapi ok je rasanya.
Bab ulam2 tu saya cuma sediakan tauge, sawi, telur rebus dan fish ball. Bolehlah buat meriah2 sikit. Dan kalau korang suka pedas2 sila hiris cili merah. Mabelessss!!
Alamak,tertinggal pulak. Yang keledek tu saya ganti je dengan ubi kentang biasa. Ni cuma nak bagi pekatkan kuah. Tapi korang jangan bagi pekat sangat kuah tu ye..bagi saya tak sedap kalau kuah terlalu pekat. Just nice dan boleh melekat kat mee. Tu je...
Selamat mencuba!
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan akarnya dan dicelur)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
Mesin halus:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai
Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
sedikit cili padi, jika suka pedas
2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
Salam...boleh sy tau nama apa kedai mee jawa yg kat gong kapas?teringin nak rasa...
ReplyDelete