SHAKLEE

SHAKLEE

Thursday, 17 September 2015

Resepi CHURROS mudah dan sedap

Lama dah teringin nak makan churros ni sejak tengok buddy dalam cite bakery bos tu buat. Rasa macam sedap je kan tapi malas nak buat..haha..walhal terliur kat dia punya coklat. Tergoda wehhh tengok dia cicah dalam hot chocolate tu...!

Satu hari tu ada pergi pasar pagi kat RTC Kelantan so jumpa orang jual churros ni. Tapi dia cicah susu pekat manis. Boleh la buat pengubat nak makan. Jadi sempena dah pindah rumah ni, maka mula la buat projek si churros. Alang2 aritu ade beli kek coklat moist dan dia punya coklat leleh tu banyak gile so rasa macam membazir nak buang + sedap pulak. Dah jimat masa takyah buat sos cicah,goreng churros aje!

Resepi ni boleh untuk 3 orang makan. Kalau korang jenis makan banyak,memang tak cukup la..haha..TAPI AWAS..bakal ternak lemak ni sebab ada butter + kena goreng dalam minyak yang banyak. Tapi i bedal je..

Jom tengok resepi. Senang rupanya. Cuma nak kena rajin je...😁😁😁😁

Bahan-bahan:

1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter

For dusting - Gula+cinnamon powder atau chocolate

Saya cicah coklat..yum yum!

Cara-cara:

Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.

Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (saya gun nozle bentuk bintang dan masukkan dalam piping bag).

Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

No comments:

Post a Comment