SHAKLEE

SHAKLEE

Wednesday, 23 September 2015

Masalah puting payudara tenggelam ( Inverted nipple )

[ Puting tenggelam AKA Inverted nipple ]

Puting tenggelam (Inverted nipple) adalah masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu yang MENYUSUKAN bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam.

Sebenarnya ibu tidak perlu risau kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu hanya perlu memastikan bayi menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara. Bayi akan menghisap puting dengan kuat semasa menyusu dan ini akan membantu memulihkan puting.

APAKAH RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN?

Terdapat beberapa pilihan untuk merawat puting tenggelam/leper bagi membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Sesetengah rawatan ini boleh dipraktikkan semasa hamil dan sebahagiannya pula perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.

1. Cengkerang payu dara (Breast Shells)

Alat yang turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payudara atau pembentuk puting ini mengambil kesempatan ke atas keanjalan semula jadi kulit sewaktu hamil dengan memberi tekanan yang lembut tetapi tetap kepada aerola sebagai usaha memecahkan lekatan di bawah kulit yang menghalang puting untuk tegang.

Cengkerang ini dipakai di dalam coli, di mana memerlukan ibu memakai saiz coli yang lebih besar berbanding coli biasa dipakai bagi memuatkan cengkerang. Sebaik-baiknya, cengkerang perlu dipakai bermula trimester ketiga kehamilan untuk beberapa jam setiap hari.

Selepas mula selesa memakainya, puan boleh meningkatkan jumlah masa untuk memakainya di siang hari. Setelah bayi lahir, cengkerang yang sama boleh dipakai 30 minit sebelum setiap sesi penyusuan untuk mengeluarkan puting. Ia tidak sepatutnya dipakai di waktu malam dan susu yang dikumpulkan di dalamnya harus dibuang. Salah satu produk di pasaran adalah Nipple Former (produk Medela).

2. Teknik Hoffman

Dengan melakukan teknik ini beberapa kali sehari, ia dapat melonggarkan lekatan pada pangkal puting. Untuk mengaplikasikan teknik ini, letakkan ibu jari di kedua-dua pangkal puting (bukannya di tepi aerola). Tolak perlahan-lahan bertentangan tisu payu dara dan pada masa yang sama tarik ibu jari jauh dari antara satu sama lain.

Dengan melakukan kaedah ini, ibu akan meregang keluar puting dan melonggarkan pangkal yang ketat yakni menjadikan puting naik ke atas dan keluar. Latihan ini perlu diulangi 5 kali sehari mengikuti putaran arah jam di sekitar puting. Ia boleh dilakukan ketika hamil dan selepas bayi mula menyusu.

3. Pam payudara.

Selepas melahirkan, penggunaan pam payu dara yang efektif amat membantu untuk mengeluarkan puting tenggelam atau rata. Gunakannya sejurus sebelum sesi penyusuan untuk membolehkan bayi melekap dengan lebih mudah. Ia juga boleh digunakan di lain waktu untuk membantu lekatan bawah kulit dipecahkan dengan menolak puting keluar secara sekata dari tengah.

4. Niplette.

Alat yang diperkenalkan oleh Avent ini turut membantu mengeluarkan puting dengan menyedutnya secara sekata sama seperti yang dilakukan oleh pam payu dara. Ia memberi pemulihan kekal untuk puting tenggelam. Jadi, ibu boleh mula memakainya sejak hamil.

5. Perangsang puting.

Jika puting boleh digenggam, puan boleh menggulung puting di antara ibu jari dan jari telunjuk selama satu atau dua minit dan kemudian dengan segera sentuh puting dengan kain lembap, sejuk atau dibalut ais (elakkan penggunaan ais yang lama kerana ia menyekat aliran susu dan menyebabkan puting kebas).

6. Tarik puting ketika pelekapan.

Memandangkan ibu menyokong payudara dengan ibu jari di atas dan empat jari yang lain di bawahnya, ibu boleh tarik puting dari tisu payu dara ke dinding dada untuk membantunya menonjol.

7. Nipple shield.

Alat ini hanya boleh digunakan sebagai alternatif terakhir. Perisai puting adalah puting fleksibel yang dihasilkan daripada silikon yang ditempatkan di atas puting sepanjang sesi penyusuan. Ini dilakukan agar bayi dapat melekap dengan baik. Bagi mengelakkan bayi ketagih menyusu menggunakan perisai, ia sepatutnya dialihkan setelah bayi mula melekap dan menyusu dengan baik. Tempoh masa penggunaan perisai ini turut perlu dikurangkan.

Masalah yang mungkin berlaku akibat penggunaan perisai ini ialah mengurangkan penghasilan susu dan masalah pemindahan susu kepada bayi. Atas kemungkinan risiko ini, ibu digalakkan hanya menggunakan perisai di bawah pengawasan pakar laktasi atau kaunselor laktasi. Perlu diingatkan juga bahawa walaupun terdapat risiko dalam penggunaan perisai ini, namun ia lebih baik daripada langsung tidak menyusukan bayi!

Read with love💜💜💜

Puan Hafizah

No comments:

Post a Comment