Khalifah kecil buat mama..
Saya masih lagi dalam proses memahami sikap anak ini. 1 tahun 8 bulan menjadi mama kepadanya banyak yang saya pelajari.menjadi surirumah sepenuh masa sangat membantu walaupun kebanyakkan orang memandangnya satu kerugian tetapi bagi saya ia satu kenikmatan. Berada dekat dgn anak dan menilai setiap hari perkara yang dia lakukan.

TETAPI...
Hakikatnya saya yang dinilai! Kenapa?
Ibu adalah tempat pertama anak2 belajar sesuatu..syukur dari sekecil2 hingga sudah boleh berjalan, adam setia bersama saya setiap hari. Walaupun saya selalu merungut adam semakin manja dan banyak ragam tapi itulah sifat anak kecil..sentiasa mahu dilindungi dan dimanjai. Bab ini masih saya belajar agar tidak terlalu menurut kehendaknya dan mulakan sesi "slow talk". Saya mula menyedari yang dia mula memahami apa yang saya lakukan. Jika saya marah,dia sudah pandai menunjukkan reaksi sedih dan takut. Dan jika dia pula marah,dia mula menggigit atau mencubit saya dgn jari kecilnya. Maka saya mula berfikir,jika dia membesar dgn situasi saya selalu memarahi dan menggunakan tangan untuk mengajarnya,dia mula mengikut. Baginya itu cara untuk melepaskannya walhal TIDAK!

Maka, jalan terbaik adalah saya mula berlembut tetapi tegas serta menerangkan setiap satu agar dia faham. Contohnya, jika dia meragam saya cuba katakan "adam kan dah besar", "adam kan budak baik", siapa budak pandai angkat tangan"..Dan ternyata cara itu lebih menenangkan baik saya mahupun adam berbanding dgn marah2 mengikut emosi.
Menjadi ibu sebenarnya tidak mudah malah kita adalah 'role model'. Apa yang kita buat,itu yang anak akan teladani. Maka saya berazam untuk meneladani adam dgn sifat2 murni. Semoga Allah memudahkan perjalanan kami.
No comments:
Post a Comment