Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.
APA ITU JAUNDICE (KUNING)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)
MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?
Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama:
1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek.Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.
2. Hati bayiHati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDICE?
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).Antara penyebab lain :
Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)
ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?
Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta.
Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah:
1) Demam kuning normal (physiological jaundice)
Demam kuning normal, biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning- kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan dua - empat hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas satu hingga dua minggu.
2) Demam kuning pra-matang
Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
3) Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice)
Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke empat hingga hari ke tujuh dan menghilang selepas tiga hingga sepuluh minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi tujuh hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
4) Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak
Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur lima-enam hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah sepuluh hari.
APAKAH RAWATAN YANG SESUAI?
Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.Fototerapi perlu dilakukan berterusan dimana bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas. Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui ´home phototherapy di rumah anda.
Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi. Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.
Ada juga petua orang kampung..katanya bagi minum anak dengan air sengkuang cina yang telah diasah,mandikan dgn air rendaman buluh cina dan macam2 lagi..tapi apa2 pun dapatkan nasihat daripada yang pakar jugak ye..paling terbaik selalu breastfeed anak anda..inshaAllah
No comments:
Post a Comment