SHAKLEE

SHAKLEE

Friday, 3 April 2015

Saya nak KURUS..Perlu ambil ESP atau CINCH SHAKE??

Saya nak KURUS
Tapi..adakah saya perlu ambil ESP atau CINCH???

Ini selalu menjadi dilema oleh kebanyakkan customer. Sebab ada yg boleh kurus dgn mengambil ESP sahaja...ada pula yg ambik CINCH boleh jadi selim melim atau yg ambil kedua2nya lagi superbbb!

APA ITU ESP??

ESP adalah sumber protein soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting (histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine)  yang diperlukan badan. Badan kita tak hasilkan asid amino ya. Jadi kita kena ambil dari sumber luaran.

Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protein. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.

Untuk kurus dan turunkan berat badan, protein memainkan peranan yang penting kerana proses pembakaran lemak memerlukan protein dan karbohidrat. Tak cukup protein, bukan lemak yang dibakar..tapi anda bakal kehilangan jisim otot yang lebih penting untuk nak dapatkan shape yang cantik. Makanya mmg tak cun kalau kurus sebab tak makan nasi tapi otot-otot menggeleber.

Kenapa ada pengguna ambil ESP kesannya kurus?

Jawapannya mudah sahaja. Selain daripada tindakan protein untuk pembakaran lemak tadi, istimewanya ESP ni ialah kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 sahaja. Bila GI rendah, kita akan rasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana pembebasan gula dalam tempoh yang perlahan. Jadi breakfast dengan ESP memang berupaya untuk buat kita lebih kenyang. Tapi perlu diingat ESP BUKAN MEAL REPLACEMENT sebab ESP tidak cukup kandungan vitamin (hanya ada sebahagian vitamin B, kalsium dan beberapa mineral lain).

APA ITU CINCH SHAKE??

Cinch Shake adalah MEAL REPLACEMENT dan memang merupakan sebahagian dari program diet sihat shaklee. Maknanya bila tiba waktu makan, boleh gantikan Cinch Shake instead of makan nasi sebab setiap hidangan Cinch Shake menyumbang sebanyak kira-kira 270 kalori, 35 gram karbohidrat, 24 gram protein, 3 gram lemak dan 6 gram serat makanan larut. So, lengkap seperti 1 hidangan nasi dan lauk!

Memang boleh kurus ke bila amik Cinch?

Jawapan yang ini pun mudah juga. YA. Dengan syarat, konsisten, disiplin dan lakukan pergerakan otot kerana leucine lebih berkesan bila bertindak dalam keadaan otot sedang bekerja, jadi proses pembuangan lemak akan lebih efisien. Jangan lah minum Cinch Shake lepas tu makan nasi 2 pinggan. Dan benda yang paling asas dalam menurunkan berat badan adalah bersenam. Bersenam lah sekurang-kurangnya 3x seminggu. Takde istilah kurus tanpa senaman dan jaga pemakanan. Kurus bukan semata untuk cantik tapi apa yang penting untuk sihat sebab kegemukan boleh mengundang banyak penyakit bahaya yang boleh membawa maut.

Apa pulak la LEUCINE ni ???

Leucine adalah salah satu sumber protein, yang berfungsi untuk memelihara otot. Leucine bekerja dengan cara mengekalkan kekuatan otot kita semasa kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun lain-lain aktiviti. Berdasarkan kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot akan dibantu untuk dikekalkan dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine yang bagus untuk orang yang berdiet.

Kalau ibu menyusu yang nak kuruskan badan pula perlu ambil ESP atau CINCH???

Ibu menyusu digalakkan mengambil ESP berbanding Cinch kerana kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran bayi. Jadi, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP atau Energizing Soy Protien adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan, ESP juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

KESIMPULAN

Energising Soy Protein
>14gm protein
>Index glisemik 39
>Tidak ada serat
>Hanya ada vitamin tertentu
>Leucine

CINCH SHAKE
>16gm protein
>Index glisemik 22
>Tinggi serat(6gm setiap hidangan)
>Ada multivitamin
>Tinggi leucine

ESP atau CINCH SHAKE?

Jawapannya adalah berdasarkan kepada perbandingan kandungan dan fungsi bagi keduanya, CINCH SHAKE adalah pilihan yang lebih baik jika betul anda SERIUS nak kurus. Cuma jika anda merupakan ibu yang menyusu badan, disarankan pengambilan ESP kerana ibu menyusu memerlukan kalori lebih tinggi dari mereka yang tidak menyusu dan juga kandungan kalsium lebih tinggi dalam ESP berbanding Cinch Shake.

So get your CINCH now!!

Mirza nur hafizah
0139327979(sms/call)
0199147153(whatsapp)

No comments:

Post a Comment