SHAKLEE

SHAKLEE

Wednesday, 17 June 2015

Tips mengatasi dan merawat ekzema

Selalu kita dengar perkataan ekzema kan dan biasanya kanak kanak yang mudah mendapat ekzema ini. Tapi apa itu ekzema??

Jom baca!

Ekzema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang akan menyebabkan alahan mudah meresap ke dalam lapisan kulit. Ekzema juga boleh menyebabkan hilangnya kelembapan kulit yang sangat serius. Ekzema ini juga boleh menyebabkan kegatalan yang melampau dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan yang disebabkan ekzema ini akan meningkat apabila kulit semakain kering. Jika digaru berulang-ulang kali, lapisan kulit akan terkoyak, cedera dan mula meruam. Keadaan atau kitaran ini boleh berpotensi akan berulang kali. Oleh sebab itulah tindakan pencegahan dan perlu dilakukan.

Mari merawat ekzema! Jika anda adalah penghidap ekzema, anda digalakkan untuk lebih berdisiplin mengelakkan sebarang simptom yang menjadi punca. Selain daripada itu, penjagaan kulit janganlah dipandang ringan. Jika anda tidak berhati-hati, bimbang keadaan kulit semakin sangat serius. Disini disertakan beberapa panduan atau tips untuk merawat ekzema dan penjagaan kulit khusus untuk pesakit ekzema.

TIPS MENGATASI EKZEMA

✔Hadkan penggunaan produk yang berisiko

Pastikan anda mengelakkan diri daripada menggunakan produk losyen selepas bercukur, gasoline dan turpentine. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi pada kulit.
Bijak dalam memilih losyen

Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Boleh juga gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan sangat sesuai untuk kesan lembapan. Amalkannya setiap hari, itu adalah sebaik-baiknya.

✔Amat sesuai menggunakan sabun yang lembut

Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam seketika di dalam tab

✔Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit.

Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya berendamlah selama 15 hingga 20 minit.

✔Memilih tuala yang lembut

Gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sekali-kali menggaru kulit anda ye. Sebaik sahaja selesai mandi, sapukan losyen atau minyak bayi agar dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit anda.

✔Kawal aktiviti harian

Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

✔Pastikan tidak menggaru-garu

Elakkan daripada menggaru-garu kawasan yang terdedah walaupun terasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah dan cedera. Sebaik-baiknya gunakanlah pelembap untuk menangani masalah kegatalan tersebut.

✔Kain kapas atau kombinasinya

Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritiasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

✔Kawal tekanan emosi

Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada menjadi bertambah teruk.

✔Amalkan penjagaan secara konsisten

Bahagian kulit yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritiasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Teruskan amalan penjagaan kulit seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

CARA UNTUK MENGELAKKAN EKZEMA

1. Pastikan bilik tidur anda selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

2. Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu.

3. Sekiranya anda ada alahan pada bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara binatang peliharaan ini.

4. Elakkan mandi air panas/suam.

5. Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.

6. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.

7. Elakkan memakai pakaian menggunakan fabrik yang kasar.

8. Jangan menggunakan sabun apabila mandi. Sebaiknya, gunakan emolien atau pembersih yang tidak bersabun (soap-free).

9. Gunakan krim pelembab setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelembap sekerap yang mungkin.

10.Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit.

11.Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alah makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.

BAGAIMANA NAK ATASI EKZEMA DENGAN SHAKLEE??

Minum mealshake
Mandi guna basic h
Sapu losyen herbal blend

Untuk info lanjut mengenai produk2 ini boleh hubungi Puan Hafizah

0139327979(sms/call)
0199147153(whatsapp)
Page: Vitamin With Love

Cod Kota Bharu dan Kuala Terengganu
Pos seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment