SHAKLEE

SHAKLEE

Sunday, 21 June 2015

TIPS TIPS penyusuan di bulan Ramadhan

Ramai ibu yang seakan risau untuk berpuasa kerana bimbang kekurangan susu atau susu merundum di bulan puasa kerana menahan diri daripada makan dan minum selama 12 jam atau lebih. Maka keadaan ini akan atau boleh mengakibatkan seseorang ibu yang menyusukan anak itu terdedah kepada dehidrasi atau kekurangan cecair badan.

Antara tanda-tanda dehidrasi yang biasa ialah sensasi dahaga yang teramat atau haus, pening atau pitam dan air kencing terlalu pekat warna kuning likat. Mereka yang mempunyai simptom2 ini dibolehkan berbuka. Kajian juga membuktikan keperluan untuk minum sangat ketara bagi seorang ibu yang menyusukan anak dibawah umur 6 bulan.

Ibu-ibu yang menyusukan anak mereka seharusnya mengambil 500kalori lebih daripada mereka yang tidak menyusu.

Antara menu atau makanan yang disyorkan semasa berpuasa:


Bersahur

1. Makan karbohidrat kompleks dan berserat seperti mee,nasi,oats, cereals. Hadkan pengambilan susu/keju/yogurt kerana ia dipercayai boleh memekatkan cecair badan.

2. Kurma/salad buah.

3. Amalkan pengambilan jus hijau seperti Alfalfa/pegaga/bayam/spirulina/celery.

4. Ambil makanan yang dimasak bersama halba/telur/kekacangMakanan daripada gandum seperti muffin lobak merah/pancake/lempeng/capatti.

5. Ambil supplemen seperti B-complex dan vitamin C untuk tambahan tenaga dan kecerdasan.

6. Elakkan makanan tinggi garam kerana ia menyebabakan kita lebih cepat dahaga.


Berbuka

1. Berbuka dengan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara. Berbuka dengan segelas jus dan 3-4 biji kurma untuk mendapatkan tenaga segera.Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat kerana ia bersifat diuretiks yang akan menyebabkan kehilangan air yang ketara dari badan (kerap kencing).

2. Elakkan berbuka dengan makanan pedas untuk elakkan gastritis. Perbanyakkan sayuran dan buahMengambil supplemen tambahan seperti ESP/mealshake/vita lea/b-complex untuk tenaga tambahan untuk berpuasa esok hari serta pengahsilan susu di waktu malam.


Supper/Moreh

1. Susu/air soya (ESP)Supplements seperti kalsium (OSTEMATRIX) dan minyak ikan (OMEGA GUARD).

2. Selain daripada itu kita disarankan untuk berlatih berpuasa sambil menyusukan anak untuk kita melatih diri sendiri dan untuk lihat respon anak terhadap penyusuan semasa berpuasa. Kita boleh la mula puasa isnin khamis atau berpuasa sunat di bulan Syaaban. Namun apa yang penting adalah TEKAD KEAZAMAN DAN DOA untuk terus meneruskan penyusuan susu ibu ini kerana susu ibu begitu berharga buat anak kita.



Tips-tips penyusuan bayi pada bulan Ramadhan

Perbezaan yang paling ketara pada bulan Ramadan adalah waktu makan. Bagi ibu-ibu yang biasa makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mereka pula harus makan ketika sahur dan selepas berbuka puasa.  Justeru bagi ibu-ibu menyusu yang berhasrat untuk meneruskan ibadah puasa sambil menyusukan, berikut beberapa tips berguna yang boleh anda ikut sebagai panduan bersama:


1. Banyakkan pengambilan cecair ketika bersahur dan berbuka puasa

Semasa berpuasa, cecair dalam badan akan berkurangan sebanyak 2-3%. Badan kita akan menyesuaikan diri dengan mengurangkan pengeluaran peluh and air kencing.  Namun begitu, pengambilan air yang secukupnya iaitu 2 liter sehari masih perlu dan boleh dibuat sewaktu selepas iftar sehingga bersahur.  Maka minumlah air (elakkan minuman berkarbonat, kopi mahupun teh) yang mencukupi, terutamanya pada waktu pagi ketika bersahur.  Amalan ini akan membantu anda untuk mengelakkan dehidrasi. Selain itu, anda juga digalakkan untuk meminum secawan air sebelum dan selepas mengepam di waktu malam hari.


2. Tingkatkan kekerapan mengepam/menyusukan

Walaupun berpuasa, anda tidak perlu risau tentang penghasilan susu kerana ianya tidak akan terjejas selagi anak masih menyusu.  Di samping itu, anda juga adalah dinasihatkan untuk meningkatkan kekerapan sesi penyusuan mahupun pemerahan pada waktu malam.  Ini penting bagi memastikan bekalan susu yang ditinggalkan untuk anak anda ketika anda bekerja di siang hari sentiasa mencukupi.  Selain itu, sesi mengosongkan payudara yang kerap di tempat kerja juga perlu dilaksanakan seperti biasa untuk mengekalkan penghasilan susu.  Harus diingatkan, berpuasa tidak menghalang anda untuk meneruskan pengepaman susu sebaliknya dalam bulan Ramadhanlah sesi pemerahan perlu digiatkan lagi. Secara psikologi, kepercayaan bahawa susu ibu masih dihasilkan semasa berpuasa seharusnya kekal kerana ini akan turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Justeru, yakinlah dengan diri sendiri bahawa anak anda mendapat bekalan susu yang secukupnya seperti yang diperlukan untuk tumbesarannya.


3. Makanlah diet yang seimbang

Sebagai seorang ibu menyusu, kita perlu sedar bahawa setiap apa yang kita makan, sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada anak kita melalui susu ibu. Jika tidak, mengapa rasa susu ibu berubah-ubah setiap hari?  Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid pemakanan tidak kira sama ada ketika iftar mahupun bersahur adalah sangat PENTING.  Ini bagi memastikan badan kita sentiasa dibekalkan dengan nutrien dan zat yang diperlukan bukan sahaja untuk penghasilan susu malah juga untuk membekalkan tenaga yang diperlukan untuk kelangsungan aktiviti seharian kita.  Makanlah makanan yang berkhasiat dan mampu memberikan tenaga seperti kurma, buahan dan sayuran segar serta makanan yang dapat membekalkan sumber protein dan karbohidrat yang secukupnya seperti kekacang, bijiran seperti oat mahupun nasi. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu untuk mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, maka tambahan supplemen ke atas diet harian anda adalah PERLU bagi memastikan mana-mana zat dan nutrient yang terkurang yang tidak dapat dibekalkan oleh pemakanan semata-mata dapat  dipenuhi.


Antara vitamin cadangan yang sangat sesuai untuk diambil oleh ibu-ibu menyusu ketika Ramadhan ialah:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Alfalfa
5. Ostematrix
6. Energising soy protein (ESP)
7. Performance Orange


Pada dasarnya pengambilan supplement seperti Vitalea, B Complex dan ESP mampu membekalkan tenaga yang diperlukan untuk kekal aktif, cergas dan ceria sepanjang hari walaupun anda sedang berpuasa.  Ini penting bukan sahaja bagi memudahkan kita beribadah malah mood yang ceria akan memastikan penghasilan susu tidak terjejas.

ESP juga terkenal sebagai milkbooster yang baik yang sangat membantu di bulan Ramadhan kerana ramai ibu-ibu menyusu mengalami masalah susu berkurangan ketika berpuasa. Di samping itu, pengambilan Vitamin C pula adalah bagi meningkatkan daya tahan badan manakala alfalfa membantu merangsang penghasilan susu dan juga detox.

Ostematrix selain membantu dalam penghasilan susu yang lebih lancar, juga bagus untuk memberi tidur yang lena kerana rehat yang cukup di malam hari membolehkan kita untuk menjalankan ibadah-ibadah sunat dengan lebih baik pada keesokan harinya.

Dan akhir sekali performance orange adalah bagi mengekalkan bendalir dalam badan serta mengelak daripada berlakunya masalah dehidrasi memandangkan seharian kita tidak dibenarkan untuk makan mahupun minum. 





PM Puan Hafizah untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA seumur hidup:

0139327979(sms/call)
0199147153(whatsapp)

Cod area: Kota bharu dan Kuala Terengganu
Pos satu Malaysia
Page: Vitamin With Love
Blog: www.sweetyoungmama.blogspot.com

No comments:

Post a Comment