Berapa lama susu ibu boleh bertahan???
- Susu yang baru sahaja diperah, tahan selama 4 jam pada suhu bilik.
- Susu yang disimpan di dalam peti sejuk (rak yang paling berdekatan dengan freezer) tahan sehingga 24 jam dari waktu diperah.
- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu (freezer ngan ruang bawah tu satu pintu je) tahan selama 2 minggu.
- Susu yang disimpan di tempat beku bagi peti sejuk 2 pintu (freezer & ruang bawah ada pintu masing2) tahan selama 3 bulan.
- Susu yang disimpan di deep freezer (mcm peti sejuk air batu kat kedai 7 eleven), tahan sehingga 6 bulan.
- Susu yang telah diturunkan dari tempat beku ke rak bawah (dicairkan), tahan sehingga 24 jam dari waktu diturunkan.
- Susu yang telah dipanaskan tahan selama 1 JAM SAHAJA.
Info TAMBAHAN
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Read with love
Puan Hafizah 💖💖
No comments:
Post a Comment