MENYUSU VS DEMAM
Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini TIDAK BENAR!
Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk,sakit perut atau mastitis biasa, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui.
Cuma minta doktor memberikan ubat yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anaknya.
Menyusukan bayi ketika anda sendiri sakit sebenarnya lebih baik untuk bayi. Ini kerana tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit yang di alami. Susu ibu tidak akan menyebabkan bayi sakit sebaliknya ia akan menyalurkan antibodi yang dihasilkan melalui susu badan kepadanya.
Apa yang perlu di lakukan ketika anda sakit:
1. Jangan panik dan risau, kemungkinan bayi anda turut terdedah kepada penyakit sejak awal lagi sebelum ibu jatuh sakit. Oleh itu susu ibu boleh mengelakkan bayi daripada sakit atau membantu dia untuk melawan penyakit.
2. Ambil langkah berjaga-jaga seperti mencuci muka, membasuh tangan, mengurangkan sentuhan ke muka, dan elakkan bersin atau batuk berhampiran bayi. Elakkan juga mencium bayi terlalu kerap.
3. Letakkan bayi berdekatan anda supaya senang untuk menyusukannya.
4. Keraplah minum air walaupun semasa anda sakit supaya penghasilan susu tidak terjejas dengan teruk.
5. Elakkan ubat jenis antihistamins yang di katakan berupaya mengurangkan susu badan.
Doktor pakar perubatan juga berpendapat bahawa jika kita MENYEKAT penyusuan ibu di waktu sedang ‘demam biasa’, ia boleh menyebabkan bayi akan mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak mendapat perlindungan dari susu ibu.
Teruskanlah menyusukan anak kerana susu ibu akan memberikan perlindungan kepada bayi yang disusui daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan ibu mereka demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman.
Apabila seorang ibu mengalami demam, maka terdapat reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibodi ini disalurkan kepada susu ibu.
Credit: pa&ma dan Dr.Zubaidi
>>>>>>>>>>Kempen DRUG FREE shaklee<<<<<<<<<<<<<
Jika ibu memilih untuk mengamalkan supplemen bagi menggantikan ubat-ubatan, dicadangkan untuk mengambil:
•Nutriferon
•Vitamin c
•Performance drink
•Vitamin c
•Performance drink
Ketiga-tiga supplemen di atas BEBAS DADAH dan bantu TINGKATKAN IMUNISASI si ibu malah anak juga turut mendapat manfaat yang sama apabila menghisap susu dari si ibu. Paling penting ia SELAMAT untuk ibu dan anak.
Read with love
PM Puan Hafizah untuk info lanjut mengenai produk shaklee di atas
0139327979(sms/call)
0199147153(whatsapp)
0139327979(sms/call)
0199147153(whatsapp)
No comments:
Post a Comment