KENAPA MASALAH JERAWAT TIDAK PERNAH SEMBUH
1. ALAHAN KEPADA MAKANAN
Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat. Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toksin. Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk. Di nasihatkan supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.
2.TIDUR
Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jam 12 malam -3 pagi merupakan masa sistem badan sedang menjalankan tugas.
3. SEMBELIT
Sembelit membuatkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH
Pemilihan produk yang kuat bahan di dalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
5. BAKTERIA
Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih banyak dan berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.
6. HORMON TIDAK SEIMBANG
Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.
7.PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN
Tidak berdisplin untuk mengikuti amalan asas dalam penjagaan muka iaitu memakai cleanser,toner,moisturiser,anti-blemish dan sunblock.
8.TERDEDAH DENGAN PERSEKITARAN
Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta.
9.HATI TOKSIN
Hati yang bertoksin salah satu penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat dalaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.
Read with love💜💜
Puan Hafizah
No comments:
Post a Comment