SHAKLEE

SHAKLEE

Friday, 24 October 2014

Set kehamilan trimester 1

Supplemen untuk ibu hamil trimester pertama (1 hingga 3 bulan)



Jika tiada apa-apa masalah kesihatan kebiasaannya, di trimester pertama kehamilan ibu akan dibekalkan dengan asid folik sebaik sahaja ibu mendaftar di klinik kesihatan kerajaan.

Asid folik sangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural atau pun lebih dikenali sebagai saraf tunjang (spina bifida). 400mcg asid folik diperlukan setiap hari oleh badan ibu sebelum kehamilan berlaku dan juga semasa awal kehamilan untuk mengelakkan bayi dilahirkan dengan risiko kecacatan tiub neural sehingga 70%. 


Asid folik juga penting untuk menyokong sistem saraf yang sihat, membantu penghasilan hormon dan sel-sel darah merah serta penghasilan tenaga.

Set kehamilan shaklee terdiri daripada:


VITALEA
  • Vitalea membekalkan multivitamin yang dirumus khas dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting termasuk zat besi dan juga asid folik (dalam bentuk folate) yang perlu untuk kesihatan optimum ibu serta memastikan ibu sentiasa bertenaga. 
  • Ibu sangat digalakkan mengambil vitalea untuk menampung keperluan nutrisi sepanjang kehamilan lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai hemoglobin (hB) yang rendah atau anemia. Jadi tak perlu lah nak ambil OBIMIN lagi ye..


BCOMPLEX
  • B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik (dalam bentuk folate) iaitu sejenis vitamin B dan juga B12 yang setiap satunya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Shaklee B Complex mempunyai sistem penyerapan bioaktif yang membantu meningkatkan penyerapan asid folik. 
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah. B Complex turut dapat membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat yang tersimpan dalam badan kepada tenaga.. Jadi, sebab tulah ibu rasa lebih bertenaga dan tak mudah letih.
  • Mungkin ada di antara ibu yang takut nak makan B Complex..kata orang..baby jadi besar!  Sebenarnya tak pun..yang buat jadi besar sebab ibu yang tak kawal selera makan dan mungkin genetik tu sendiri. Elakkan telan B Complex sebelum makan sebab tugas B complex ni tukarkan makanan kepada tenaga. Bila perut kosong, itulah yang buat jadi cepat lapar.

VITAMIN C
  • Waktu mengandung, ibu mudah terkena penyakit disebabkan kesihatan sistem imun yang semakin lemah. Vitamin C membantu menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan dan juga penyakit bagi ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.
  • Jika ibu terkena jangkitan selsema atau demam, vitamin C inilah yang boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi penyakit tersebut. Insya Allah cepat kesannya..Memang ramai yang bagi feedback positif selsema cepat sembuh lepas makan vitamin C. Tak cuba tak tahu kan?  
  • Selain tu, vitamin C penting untuk penghasilan kolagen untuk bayi dalam kandungan dengan membantu membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus.


OSTEMATRIX
  • Saat kehamilan, ibu sangat mudah rasa sakit badan, sakit pinggang dan kebas-kebas akibat perubahan bentuk badan yang berlaku lebih-lebih lagi jika anda ibu yang tak suka minum susu. 
  • Ostematrix membekalkan sumber 1000mg kalsium, 400mg magnesium dan juga 400IU vitamin D kepada ibu untuk membantu ibu mengatasi masalah tersebut. Ianya lengkap dengan mineral penting dalam pembentukan dan menguatkan tulang seperi boron, mangan, copper dan juga zink.
  • Ostematrix juga dapat membantu ibu mengatasi masalah sembelit ketika hamil.


Vitamin tambahan

Selain daripada 4 supplemen di atas, ibu-ibu boleh menambah 2 lagi supplemen berikut:

PEPPERMINT GINGER PLUS


  • Ramai ibu yang mengalami mabuk hamil atau alahan yang teruk sehingga tiada selera untuk makan dan sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu. Rasa mual dan loya sering buat ibu rasa angin naik ke kepala. Kadang asyik loya je memanjang tapi tak muntah. Selagi tak muntah selagi tu lah rasa pening kan?
  • Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Rasa peppermint ginger plus yang nyaman dan melegakan dapat membantu ibu mengurangkan angin dalam badan dan meredakan loya tersebut.
  • Halia yang terdapat di dalamnya merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


ENERGISING SOY PROTEIN(ESP)


  • Di sepanjang kehamilan, ibu mungkin akan mengalami pedih ulu hati terutamanya bagi yang sering diserang gastrik. Energizing Soy Protein atau pun lebih dikenali sebagai ESP dapat membantu ibu mengatasi masalah tersebut di samping mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil.
  • ESP membantu untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Protein yang mencukupi dalam badan penting untuk membantu pembinaan blok-blok asas badan bayi dan juga ibu. Ia juga membantu dalam penghasilan susu ibu.


Kesemua supplemen-supplemen ini boleh diteruskan sehingga melahirkan anak iaitu semasa dalam berpantang. Jadi ibu-ibu tak perlu memikirkan untuk mencari set berpantang yang lain kerana set ini sudah memadai untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin. Malah boleh diteruskan walaupun sudah habis berpantang. Jimat kan..

Hubungi saya pengedar shaklee anda
Shaklee kota bharu/kuala terengganu
FB: Mirza Nur Hafizah
0139327979(sms/call)
0199147153(whatsapp)

No comments:

Post a Comment