Apakah ASID FOLIK?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah IBU HAMIL perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang IBU HAMIL perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam = 1 cawan
kacang bendi = setengah cawan
asparagus = setengah cawan
hati = 1 keping
11 batang taugeh brussels
kacang mata hitam = 4 sudu makan
emping bran = 7 sudu makan
germa gandum = 25g / 1 aun
betik sederhana besar
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus = 2 pucuk
buah oren saiz besar
nasi putih = setengah cawan
jagung saiz besar = 1
biji bunga matahari = 1 aun
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Kenapa saya syorkan shaklee bcomplex?
Kerana shaklee bcomplex mengandungi:
200 mcg (50%) asid folic
11.47 mg (675%) B2 (riboflavin)
10.12 mg (675%) B1 (thiamin)
13.5 mg (675%) B6
135 mg (675%) B3
150 mcg (50%) biotin
67.5 mg (675%) B5
40 mcg (675%) B12
Jika anda ingin mendapatkan Asid Folic pilihan yang tepat untuk adalah B-complex shaklee
Bagaimana memilih B-Complex yang baik?
1. Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
4. Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release)
No comments:
Post a Comment