SHAKLEE

SHAKLEE

Friday, 10 July 2015

POWER PUMPING??Ibu menyusu perlu tahu

Kenapa ibu menyusu perlu melakukan Power Pumping??

Mungkin ini adalah perkara baru bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan tidak ada langsung ilmu tentang penyusuan. Kebiasaanya berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama.

Untuk pengetahuan semua, adakalanya ibu akan mengalami situasi di mana pengeluaran susu menurun akibat masalah tertentu. Tetapi tidak perlu bimbang kerana ada cara untuk untuk anda usahakan bagi merangsang pengeluaran seperti biasa.

Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh anda aplikasikan dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu ketika sedang bergelut didalam episod susu ibu mula berkurangan. Salah satu kaedahnya ialah POWER PUMPING.

Teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan setiap hari. Namun, ia dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding biasa. Idea asal kaedah ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Bila waktu yang sesuai melakukan Power Pumping?

Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan teknik power pumping sekerap yang boleh. Sekali dalam sehari sudah memadai.

Jika mempunyai banyak masa terluang anda boleh melakukannya lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam. Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah pada waktu TENGAH MALAM kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu itu.

Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang atau malam, apa yang penting anda selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan yang tenang.


Bagaimana teknik power pumping dilakukan?


A)Pam tunggal (Manual)

1. Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit.

2. Kemudian beralih kepada payudara kiri pula dalam tempoh yang sama iaitu 10minit.

3. Tukar semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri selama 10minit.

4. Lakukan secara berterusan selama 1jam.


B)Pam Berganda (Double)

1. Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit.

2. Kemudian rehat selama 10minit dan sambung semula mengepam untuk 10minit lagi.

3. Setelah itu rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh untuk 1jam.


Berapa lama perlu melakukan teknik power pumping?


Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu) sehingga dapat hasil yang diinginkan.

Dalam pada itu, perlu anda ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperolehi berkemungkinan hanya setitik dua tetapi jangan panik!!

Anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya, kesan daripada amalan power pumping akan mula kelihatan dalam tempoh satu hingga ke dua minggu. Tidak dinafikan ramai yang tidak dapat bertahan untuk meneruskan kaedah ini.

Pada pendapat mereka sesuatu yang leceh dan memakan masa yang lama. Bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Percayalah usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya.

Apa yang pasti, anda akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu para ibu merangsang semula penghasilan susu ibu.

Happy breastfeeding!
Happy tummy!


No comments:

Post a Comment